Saturday, May 16, 2009

Indahnya Wanita

Kecantikan seseorang wanita terletak sejauh mana dia dapat
mempertahankan perasaan malunya..., manakala kegagahan seorang
lelaki terletak sejauh mana dia dapat menahan rasa
marahnya.

Akuilah hakikat bahawa Islam telah mengubah martabat wanita,
dari zaman silam hingga kini, meskipun sejarah tidak melupakan tamsilan
wanita sebagai bunga..

suatu masa dahulu... bunga bunga yang sepatutnya menjadi hiasan
kehidupan serta mendapat penghormatan sewajarnya, ia adalah
penyeri dan teman...wanita pernah didedapkan -
menjadi simbol nafsu dan bebas diperlakukan semahu mahunya.

Ia adalah sejarah hitam dalam kehidupan wanita.

Bangsa Rom purba menganggap wanita itu seperti najis, mereka
mengikat mulut wanita seperti diperlakukan ke atas anjing gila.
bahkan wanita juga tidak dibenarkan berbicara atau ketawa.
sekiranya ada di antara mereka yang berbuat kesalahan yang
seriuss, dia akan dicurah dengan air panas hingga mati.

Demikian dahsyatnya bangsa Rom purba menindas kaum wanita.

Begitu juga dengan bangsa Arab Jahiliah, sebelum kedatangan Islam,
wanita diperlakukan seperti haiwan, apabila kaum ibu melahirkan
anak perempuan, anak perempuan itu akan di tanam hidup hidup.

walaupun tidak semuanya dibunuh, anak perempuan yang terselemat
menerima nasib yang amat malang, anak anak ini dianggap sebagai budak
suruhan, jika rupa mereka cantik, akan dijadikan boneka, dipergunakan
untuk memuaskan nafsu kaum lelaki.

Amat sedikit perempuan yang terpelihara kehormatannya ketika itu.

Kemudian, apabila lahir Rasulullah saw seorang pemimpin dunia yang
sangat adil, dengan kemuliaan dan ketinggin darjatnya di sisi ALLAH
swt, telah mengangkat darjat kaum wanita dan diberi hak ke atasnya.

Dengan kedatangan rasulallah saw dan Islam yang dibawah baginda,
kaum wanita dimuliakan dan di beri perlindungan dijaga kehormatan
serta maruahnya.

Firman ALLAH yang bermaksud;

"dan para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajipannya menurut cara yang makruf (kebaikan) akan tetapi para suami
mempunyai satu tingkatan kelebihan dari isterinya"
(Al_Baqarah:228)

Ni aku Copy Paste

Halwa telinga


Get a playlist! Standalone player Get Ringtones